Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Firman Allah dalam Al-Qur'an
"إنا أنزلناه في ليلة القدر"
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam Qadar (Al-Qadr :1)
"...إنا أنزلناه في ليلة مباركة"
Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkahi... (Ad-Dukhan:3)
"...شهر رمضان الذي أنزل فيه القران"
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an... (Al-Baqarah: 185)
Persoalannya, adakah Qur'an diturunkan sekaligus dalam satu malam, iaitu malam lailatul Qadr? Bagaimana pula dengan sejarah mengatakan Qur'an diturunkan pada Nabi Muhammad berperingkat-peringkat selama 23 tahun?
Dalam ketiga-tiga ayat ini, Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan ayat ini.
Pendapat pertama, Kata Ibnu Abbas, Allah menurunkan Al-Qur'an sekaligus dalam malam lailatul qadr dari Allah kepada langit dunia. Ini yang dimaksudkan dalam ketiga-tiga ayat di atas. Dan Allah menurunkan Al-Qur'an dari langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun.
Pendapat kedua, diriwayatkan daripada Sya'bi, maksud dari ketiga-tiga ayat di atas ialah, permulaan turunnya Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad SAW ialah pada malam yang diberkahi, iaitu malam lailatul Qadar di Bulan Ramadhan. Dan selepas itu, diturunkan Al-Qur'an secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Bukan bermaksud Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad sekaligus pada malam Lailatul Qadar.
Wallahua'lam.
May it be beneficial :)
Reference : مباحث في علوم القران penulis مناع القطان
Ulum Al-Qur'an class
Ustazah Sofia
2 October 2013
